advertisment

Monday, September 19, 2011

Maafkan Aku kawan


Hari ini aku ingin berkongsi cerita tentang kuasa kemaafan. Ramai yang berfikir jika kita memaafkan seseorang bererti kita menerima dan setuju dengan perlakuan tidak adil yang orang lain lakukan terhadap diri kita. Ramai yang berfikir bahawa memaafkan bererti kita harus menghubungi kembali orang yang pernah menyakiti kita. Mereka juga berfikir bahawa memaafkan adalah sesuatu yang kita lakukan untuk orang lain. Benarkah begitu? tak btoi tu!!! Sama sekali tak btoi!!!!
Memaafkan sebenarnya adalah tindakan yang kita lakukan untuk diri kita sendiri. Memaafkan sebenarnya adalah tindakan yang sangat “egois” yang hanya ditujukan demi keuntungan dan kepentingan diri kita sendiri.
Memaafkan bukan hanya ditujukan untuk orang lain namun kemaafan juga adalah untuk diri sendiri. Hanya orang kuat yang mampu memaafkan orang lain mahupun diri sendiri.Bak kata, Mahatma Gandhi , “The weak can never forgive. Forgiveness is the attribute of the strong.”
Ramai orang yang mengalami kesulitan untuk berjaya kerana memendam emosi marah dan dendam pada seseorang. Emosi negatif yang tetap “dipelihara” ini akan menjadi parasit kepada diri anda sendiri.
Ketika kita memaafkan seseorang pernah menyakiti itu dengan tulus dan ikhlas , apa yang terjadi ialah kita menyingkirkan vampire psychic energy (parasit), yang selama ini menyedut energi kita tanpa kita sedari, dan selepas memaafkan, tenaga kita meningkat, dan kita dapat memanifestasikan kejayaan dengan sangat cepat dan mudah.
Kita sering marah, walaupun sebenarnya sesuatu keadaan atau perkara yang berlaku bukanlah benar-benar menyakitkan kita. Apa yang terjadi adalah kerana wujudnya persepsi yang yang telah ditafsirkan secara negatif.
Ketika kita memaafkan orang lain , tenaga negatif yang selama ini menghubungkan kita dengan orang itu akan terputus. Orang itu akan merasakan sesuatu yang positif dalam dirinya. Jangan terkejut jika , setelah anda memaafkan orang yang pernah menyakiti anda, tiba-tiba sikap orang itu pada anda berubah walaupun anda tidak memberitahu bahwa anda telah memaafkan dirinya.


andai aku yang bersalah...maakan lah aku.....tegurlah....
andai aku penah skitkan ati korang....
aku mntak maaf sgt2....aku bukan sesempurna korang.....hanya maaf yang aku mntak dri korang....
kpda sesipa yg x dpt maafkan aku...aku redha...krana aku pasti setiap yg berlaku itu pasti ada hikmahnya....
sesungguhnya...yg baek tu dtg dripada ALLAH....dan yg x baek n keji itu dtg dri aku sndri......






salam....

1 comment: