
Memaafkan sebenarnya adalah tindakan yang kita lakukan untuk diri kita sendiri. Memaafkan sebenarnya adalah tindakan yang sangat “egois” yang hanya ditujukan demi keuntungan dan kepentingan diri kita sendiri.
Memaafkan bukan hanya ditujukan untuk orang lain namun kemaafan juga adalah untuk diri sendiri. Hanya orang kuat yang mampu memaafkan orang lain mahupun diri sendiri.Bak kata, Mahatma Gandhi , “The weak can never forgive. Forgiveness is the attribute of the strong.”
Ramai orang yang mengalami kesulitan untuk berjaya kerana memendam emosi marah dan dendam pada seseorang. Emosi negatif yang tetap “dipelihara” ini akan menjadi parasit kepada diri anda sendiri.
Ketika kita memaafkan seseorang pernah menyakiti itu dengan tulus dan ikhlas , apa yang terjadi ialah kita menyingkirkan vampire psychic energy (parasit), yang selama ini menyedut energi kita tanpa kita sedari, dan selepas memaafkan, tenaga kita meningkat, dan kita dapat memanifestasikan kejayaan dengan sangat cepat dan mudah.
Kita sering marah, walaupun sebenarnya sesuatu keadaan atau perkara yang berlaku bukanlah benar-benar menyakitkan kita. Apa yang terjadi adalah kerana wujudnya persepsi yang yang telah ditafsirkan secara negatif.
andai aku penah skitkan ati korang....
aku mntak maaf sgt2....aku bukan sesempurna korang.....hanya maaf yang aku mntak dri korang....
kpda sesipa yg x dpt maafkan aku...aku redha...krana aku pasti setiap yg berlaku itu pasti ada hikmahnya....
sesungguhnya...yg baek tu dtg dripada ALLAH....dan yg x baek n keji itu dtg dri aku sndri......
salam....