advertisment

Friday, November 25, 2011

KaU aDe?????

"Mencintai keluarga adalah amanah bagi setiap manusia."
is that true???
ha...aku pon tak tau nak tulis entry sal pa...yg penting..pagi sabtu nie tiba-tiba aku terigat kat mak aku........

Tiada wang atau ungkapan yang dapat mengantikan kasih ibu yang tidak pernah berbelah bahagi menyayangi anak-anaknya. Kadang kala kita terlupa yang kita ini pernah menguris hati ibu samada secara zahir atau perlakuan kita. Tahu tak kita tidak boleh mengucapkan walaupun perkataan ‘Ah’ sekali pun telah dianggap menderhaka. Takut mendengar menderhaka kepada ibu tidak akan dapat cium syurga.

oh MOM...
aku pangil kat aku mak!!! kalau hampa nak tau....
aku nie obses gila dengan mak aku walaupon kadang-kadang aku rasa mak aku tak sehebat mak hampa semua.....tapi bak hang, kalau inagt balik dari kecik sampai la nie aku rasa aku tak kan bulih idop kalau mak aku tak dak.....sampai kadang-kadang aku penah doa 
"Ya Allah..jgn la Engkau cabut nyawa mak aku sebelum Engkau cabut nyawa aku"
ampa tengok....ampa tengok....betapa pentingnya mak aku dalam hidop aku....

mak aku qeja besa-besa ja...tapi aku rasa dia nie power dari SUPERMAMA, DATIN WAN NA BIE semua la....aku nak cita kat ampa hebat nya mak aku...ampa ada????

1. mak aku bangon pagi-pagi sebab nak beranak aku.....pagi-pagi buta der.....(aku sibok sgt nak kuar)
2. mak aku masak asam pedaih sambil cakap tepon pasai lembu nak beranak pon sedap....YaRabbi...
3. time aku kecik....mak aku suap nasik lauk ikan goreng semalam ngan toyu (kicap)....kepal-kepal then suap kat aku pon sedap gila kot.....
4. mak aku bulih tangguk /hayun dalam ndoi (buaian) sampai aku lena......
5. mak aku bulih tau time bila aku lapaq, dahaga, nak lena...huih...repect bro...
6. mak aku bulih detect makanan feberet  aku.....
7. lg2....mak aku dapat scan bila aku da problem (tak dak duet, gado ngan boyperen)...tak payah guna setelit or wateva.....
8. kalau aku tak dok kat umah tuh, mak aku tau ja aku da kat mana....tau ja tempat nak carik aku....tak payah pakai GPS....gila la....(tak bulih nak sembunyi kat mana-mana)

huih....nie baru sikit nie...aku rasa banyak lagi kehebatan mak aku...

"ibadah seorang ibu adalah modal bagi lahirnya anak-anak yang soleh yang akan menjadi benteng bagi ibu bapanya kelat di akhirat"

yang bab nie aku kurang stuju la.....bagi aku kalau seseorang ibu tu baek tak semestinya anak pon baek....and  sebaliknya lah.....
mak aku baek, aku tak la baek sangat tp oke la kalau nak wat kawan or B _ N _ (fill in  the blanks)......pikiaq sndiri.....senang ja tuh...

last....aku nak ampa tau yang mak aku nie sangat sangat sangat sangat sangat paham yang aku nie suka shopping n go for holiday.....smpai mak aku spent money tuk bahagian tuh saja.....you see???

bertapa mak aku sayang kat aku....i'm so lucky to have a MOM like you...

gambar hiasan semata...
besarnya perngorbanan seseorg yang bernama IBU....

Masa usia setahun , ibu suapkan makanan dan memandikan kita. Cara kita ucapkan terima kasih kepadanya hanyalah dengan menangis sepanjang malam. Saat usia 2 tahun, ibu mengajar kita bermain. Kita ucapkan terima kasih dengan lari sambil tertawa terkekeh-kekeh apabila dipanggil. Ketika usia 3 tahun, ibu menyediakan makanan dengan penuh kasih sayang.Kita ucapkan terima kasih dengan menumpahkan makanan...


Masuk usia 4-5 tahun, ibu belikan pensil warna dan pakaian. Kita ucapkan terima kasih dengan menconteng dinding dan bergolek atas lantai kotor. Saat usia 6 tahun, ibu memimpin tangan kita ke Tadika.Kita ucapkan terima kasih dengan menjerit," Tak mahu!Tak mahu !". Ketika usia 7 tahun, ibu belikan sebiji bola, kita ucapkan terima kasih dengan memecahkan cermin rumah jiran. Setelah usia 8-9 tahun, ibu menghantar kita ke sekolah, kita ucapkan terima kasih dengan ponteng sekolah.Di usia 10-11 tahun, ibu menghabiskan masa sehari suntuk dengan kita, kita ucapkan terima kasih dengan tidak bertegur sapa dan asyik bermain dengan kawan.

Menjelang usia 13 tahun, ibu suruh pakai pakaian menutup aurat, kita ucapkan terima kasih dengan memberitahu bahawa pakaian itu ketinggalan zaman. Ketika menjangkau 18 tahun, ibu menangis apabila tahu kita di terima masuk universiti , kita ucapkan terima kasih dengan bersuka ria bersama
kawan-kawan. Menjelang usia 20 tahun, ibu bertanya apakah kita ada teman istimewa, kita katakan,...." itu bukan urusan ibu...."

Ya Allah bertapa berdosa nya aku terhadap seseorang yang begitu mulia di sisiMU.....
 -doa untuk ibu bapa- (jom amalkan bersama)

Ya Allah 
Rendahkanlah suaraku bagi mereka 
Perindahlah ucapanku di depan mereka 
Lunakkanlah watakku terhadap mereka dan 
Lembutkan hatiku untuk mereka 
 
Ya Allah, 
Berilah mereka balasan yang sebaik-baiknya, atas 
didikan mereka padaku dan Pahala yang besar atas 
kesayangan yang mereka limpahkan padaku,peliharalah 
mereka sebagaimana mereka memeliharaku. 
 
Ya Allah, 
Apa saja gangguan yang telah mereka rasakan 
atau kesusahan yang mereka deritakan kerana aku 
atau hilangnya sesuatu hak mereka kerana perbuatanku 
jadikanlah itu semua penyebab susutnya 
dosa-dosa mereka dan bertambahnya pahala kebaikan 
mereka dengan perkenan-Mu ya Allah 
hanya Engkaulah yang berhak membalas kejahatan dengan 
kebaikan berlipat ganda. 
 
Ya Allah, 
Bila magfirah-Mu telah mencapai mereka sebelumku, 
Izinkanlah mereka memberi syafa'at untukku. 
Tetapi jika sebaliknya, maka izinkanlah aku memberi 
syafa'at untuk mereka,sehingga kami semua berkumpul 
bersama dengan santunan-Mu di tempat kediaman 
yang dinaungi kemulian-Mu, ampunan-Mu serta rahmat-Mu... . 
 
Sesungguhnya Engkaulah yang memiliki Kurnia Maha 
Agung, serta anugerah yang tak berakhir dan Engkaulah 
yang Maha Pengasih diantara semua pengasih. 
 
Amin Ya Rabbul Alamin.. 
 
 
Marilah kita kenangkan dosa kita kepada orang tua kita. Siapa tahu 
hidup 
kita dirundung nestapa kerana kedurhakaan kita. Kerana kita 
menghisap 
darahnya, tenaganya, airmatanya, 
keringatnya. Istighfarlah, Istighfarlah. .. 
Barangsiapa yang matanya pernah sinis melihat orang tuanya. Atau 
kata-katanya sering mengguris hatinya, atau yang jarang 
memperdulikan 
dan 
mendoakannya. Percayalah bahawa anak yang derhaka siksanya 
didahulukan 
didunia ini. 
Ayah... Ibu ampunkanlah dosa-dosa anakmu...

the end...lebiu mak!!!